Tuesday, March 13, 2012

Our Memories - Final [Two-shot]





Eunji P.O.V

Mataku tertancap di kaca televisyen. Siaran Music Bank yang ditayangkan menarik minatku untuk terus menonton. Sikat yang berada di atas meja sisi itu dicapai. Perlahan-lahan, rambutku yang sedikit kusut, disikat rapi. Rambut yang luruh akibat rawatan chemotherapy yang diterima seakan-akan sudah sebati dengan kehidupan seharianku. Sedang leka menyikat rambut, tiba-tiba tanganku dicengkam seseorang. Aku melepaskan tawa kecil.

"Woohyun oppa?" ketawa kedengaran sebaik sahaja aku bersuara. Sikat yang berada di tangan diambil. Aku hanya membiarkan perbuatannya. Terasa seperti Woohyun oppa sedang membelai lembut rambutku. Senyuman kecil terbit di sudut bibir.

"Eunji-ah." suara Woohyun oppa kedengaran. "Wae, oppa?"aku membalas. "Eunji-ah." dia memanggil lagi sekali. "Ne, oppa? Waeyo?" aku membalas. Aku ketawa tanpa mengeluarkan suara. Woohyun oppa masih lagi menyikat perlahan rambutku.

“ Eunji-ah. Eunji teringin nak buat apa? Contohnya, something yang boleh buat Eunji happy.” Woohyun oppa bertanya. “Hemm.. main dekat theme park.” aku memberi respon. “Lagi?”dia meneruskan perbuatannya. Rambutku disisir perlahan.

“Bicycle ride, piknik, and tengok sunset.” aku menyenaraikan semua perkara yang ingin aku lakukan selama ini.

“Kalau macam tu, jom kita keluar hujung minggu ni?Okay?” aku memusing ke belakang. Memandang muka Woohyun oppa dengan penuh tanda tanya.

“Wae? Tak suka?” dia mengerutkan keningnya. Aku menggeleng dengan pantas. “Ahniyo. Cuma.. Omma dengan Appa dah benarkan? Doktor Kim? Hoya oppa?” aku mengeluarkan soalan bertalu-talu.

“ Diorang semua dah benarkan. Kita pergi okay?” dia sekali lagi memujukku. Aku mengangguk dah tersenyum. “Then….” Woohyun oppa bersuara, namun ayatnya dibiarkan tergantung.

“Can we considered it as a date?”

Woohyun P.O.V

Eunji membuntangkan matanya. “Date?” dia menyoal. “Yup. Date.” aku menjawab dan mengangguk. Mengiakan apa yang disebut tadi. “Bukan ke date untuk namja chingu dan yeoja chingu?” dia menyoal lagi. Aku ketawa perlahan. Bergerak sedikit ke hadapan lalu memeluk Eunji.

“ Then, you can be my yeoja chingu .”

"Bwo?" suara Eunji kedengaran terkejut. Aku mengemaskan lagi pelukan dan mengangguk. Selang beberapa minit, terasa pelukanku dibalas. Eunji mengangguk kan kepalanya. Ketawa kecil kedengaran. Senyuman di bibirku spontan terukir.

*****

Kami berjalan beriringan berlegar-legar di dalam perkarangan taman tema ini setelah penat bermain. Pengunjung di Everland Theme Park agak ramai memandangkan cuti hujung minggu baru bermula. Kami berjalan ke arah sebuah restoran yang berada di dalam taman tema tersebut.

Kami memilih meja yang agak tersorok. Seorang pelayan berjalan ke arah kami. Di tangannya kelihatan     dua buah buku menu di tangannya. Setelah siap memesan makanan, pelayan tersebut kembali kembali ke dapur.

Aku mengeluarkan bekas ubat dari beg yang dibawa. Ubat yang berada di dalam bekas tersebut diambil beberapa biji lalu dihulurkan ke arah Eunji bersertakan segelas air kosong yang sudah disediakan pihak restoran.

Aku mengeluh apabila huluranku tidak disambut. “Eunji-ah, makan ubat okay?” aku memujuk. Sejak kebelakangan ini, Eunji selalu merungut. Dia sudah penat dengan rutin hariannya. Dia sudah muak menelan semua ubat-ubat ini. Aku memandang kea rah Eunji. Dia menggelengkan kepalanya beberapa kali. “Kalau 
Eunji makan pun tak akan sembuh penyakit ni.” dia menjawab sambil menggeleng.

 “Eunji-ah. Hidup mengajar kita jangan cepat mengalah tau. Tak kiralah berapa kali pun kita gagal, kita jatuh, kita tetap kena berusaha. Eunji tetap kena makan ubat, walaupun doktor cakap yang penyakit Eunji takde harapan nak sembuh. Kita tak boleh lawan takdir. Siapa tahu, yang suatu hari nanti Eunji akan sembuh. Keajaiban mungkin berlaku. So, Eunji tetap kena makan ubat. Eunji harus berusaha untuk hidup.” aku membalas dengan nada memujuk.

Setelah lama mendiamkan diri, dia kemudiannya mengangguk. Aku menguntumkan senyuman. Ubat yang sedari tadi berada di dalam genggamanku kini bertukar tangan. Eunji menelan ubat tersebut diselangi dengan tegukan air kosong yang dihulurkan.

Aku tersenyum. Tanganku dilunjurkan ke arah kepala Eunji. Rambutnya dikusutkan sedikit. Eunji memuncungkan sedikit mulutnya. “Jalhaesseo, Eunji-ah.” Dia tersenyum kecil apabila mendengar ucapan tersebut.

Pelayan tadi kembali ke meja kami membawa makanan yang dipesan. Dia meletakkan makanan dengan penuh berhati-hati. “Selamat menjamu selera.” dia menunduk dan beredar. Kami menikmati makan tengah hari dengan penuh berselera.

*****
Eunji P.O.V

Kami berjalan menyusuri pantai. Angin sepoi-sepoi bahasa menyapa lembut tubuh.Anak rambut yang terurai sedikit itu terikut-ikut dibuai angin. Tanganku digenggam erat oleh Woohyun oppa. Senja akan menjelma tidak lama lagi. Matahari akan berganti dengan bulan.

Kami berhenti di hadapan sebuah batu yang besar. Woohyun oppa mengajakku duduk. Suasana sepi menyelubungi kami.

“Eunji-ah, ingat tak lagi macam mana kita berjumpa?” suara Woohyun oppa memecah kesunyian. Aku menoleh ke arahnya. “Ingat. Di perkarangan hospital. Eunji tengah lari keluar dari hospital and Oppa hampir langgar Eunji.” Aku mengingati kembali pertemuan pertama kami.

“Actually, sebelum kejadian tu pun Oppa dah pernah jumpa Eunji.” aku agak terkejut dengan apa yang dicakap. Keningku di kerut. “Dekat mana? Kenapa Eunji tak ingat?” aku menyoal.

Woohyun oppa tersenyum. Dia melontarkan pandangan ke arah laut yang terbentang luas.  “Waktu Eunji pengsan dalam ward. Nurse yang bertugas datang jumpa Hoya and bagitahu yang Eunji pengsan. Kebetulan Oppa ada sekali, Oppa ikut jejak Hoya. Bila Oppa nampak Eunji, hati Oppa berdegup. Walaupun muka Eunji nampak pucat, Eunji tetap nampak cantik di mata Oppa. Sejak tu Oppa tertarik dan ingin berkenalan dengan Eunji.”

Aku memandang lama wajah Woohyun oppa. Perasaan sebak mula bersarang di dada. “Mianhae, oppa.” Air mata yang bertakung tadi tumpah jua. Woohyun oppa menoleh. “Wae?” mendatar suaranya bertanya. Aku menggeleng. “Ahni. Saja cakap. Eunji rasa bersalah sebab nanti, Eunji akan tinggalkan Oppa dulu.”

Woohyun oppa menyeka air mataku yang mengalir. Dia memeluk bahuku. “Oppa tak menyesal jatuh cinta dengan orang berpenyakit? Oppa berhak untuk dapat orang yang lebih baik.” aku masih belum jemu bertanya. Woohyun oppa menggeleng. Dia mengeratkan lagi pelukan.

Woohyun P.O.V

Soalan yang dilontarkan Eunji menyebabkan aku teringat kembali suruhan Omma dah Appa. Mereka menyatakan yang aku berhak untuk mendapatkan orang jauh lebih baik dari Eunji. Orang yang tidak berpenyakit. Dengan pantas aku menggeleng.

“Tak. Oppa tak menyesal.” biasan cahaya matahari yang perang menghiasi langit. Aku meleraikan pelukan, menarik tubuh Eunji supaya bertentangan denganku.

“Sebab Oppa cintakan Eunji.” Serentak dengan itu, bibirku didekatkan dengan bibir milik Eunji. Ciuman pertama kami di bawah cahaya matahari terbenam. Dan mungkin juga ciuman terkahir. Eunji membiarkan perbuatanku. Terasa pipiku basah. Air matanya mengalir kembali. Perasaan bersalah menyelebungi hati.
Eunji-ah, mianhae…

*****

Eunji yang sudah terlelap di tempat duduk sebelah ku perhati sekilas. Lampu-lampu neon menyinari jalan raya. Kereta yang dipandu menyusuri laju jalan raya. Hatiku seperti ingin menghentikan masa yang terasa seperti cepat sahaja berlalu.

Esok. Semuanya akan ditinggalkan esok. Aku akan ke Jepun seperti yang diarahkan Omma dan Appa. Eunji akan ditinggalkan. Perasaan yang bercampur-baur menggelisahkan hatiku. Aku masih belum memberitahunya, dan Hoya. Membiarkan perkara ini menjadi sebuah rahsia.

Kereta yang dipandu dibelok memasuki perkarangan hospital. Aku memakir kereta di tempat yang disediakan. Enjin dimatikan. Aku mendiamkan diri. Mata dihala ke arah Eunji yang sedang nyenyak tidur. Mungkin letih dengan perjalanan yang agak jauh tadi. Terasa berat hatiku untuk pergi meninggalkannya.

Setelah agak lama mendiamkan diri, aku melangkah keluar dari kereta menuju ke arah pintu tempat duduk Eunji. Aku mendukung Eunji. Aku melangkah masuk ke dalam hospital, melangkah menuju ke arah bilik yang menempatkan katil Eunji. Eunji dibaringkan. Aku menyelimuti tubuhnya. Wajahnya dielus perlahan. Air mata yang sedaya upaya ditahan tadi mengalir perlahan. Aku mendekatkan wajahku ke wajahnya.Bibirku mengucup dahi. Annyeong, Eunji-ah…

Eunji P.O.V

Aku membuka mataku perlahan. Tanganku dilarikan ke arah mulut, menahan kuap. Mataku meliar mencari Woohyun oppa. Tapi tidak ditemui. Mungkin dia sudah pulang.

“Annyeong, Eunji-shi.” Pintu bilikku ditolak. Jururawat yang bertugas menolak troli yang berisi segala peralatan dah ubat ke arahku. “Annyeong.” Aku membalas. Senyuman kecil menghiasi bibir. Hoya oppa yang kebetulan lalu disitu, masuk menjengukku.

“Eunji~” Hoya oppa mendekatiku. Aku tersengih memandangnya. “Oppa ada jumpa Woohyun oppa?” aku bertanya. Muka Hoya oppa mencerut. “Oppa datang lawat Eunji pun masih nak tanya pasal Woohyun?” dia berpura-pura merajuk. Ketawa kecil dilepaskan. “Mian.” aku meminta maaf.

Hoya oppa tersengih. “Oppa melawak je lah. Woohyun? Oppa tak nampak dia pun. Oppa baru datang bertugas pagi ni.” Hoya oppa menggeleng. Aku pula hanya mengangguk mendengar jawapannya. Kenapa Woohyun oppa tak tunggu sampai aku bangun?

*****

Kini, sudah genap enam bulan berlalu. Aku berjalan perlahan menyusuri koridor dan menuju ke arah taman tanpa pengetahuan jururawat.  Kakiku melangkah ke arah bangku, tempat yang menjadi saksi kami berbual buat kali pertama. Disini jugalah dia memberi nasihat yang sangat bermakna.

Aku teringatkan Woohyun oppa yang pergi meninggalkan aku tanpa mengucapkan apa-apa. Yang paling membuatkan aku sedih, dia cuba mempertahankan aku, menjaga hatiku sebaliknya, hati Woohyun oppa tidak aku fahami. Pertemuanku dengan Doktor Nam, ayah kepada Woohyun oppa selepas dua hari Woohyun oppa pergi meninggalkanku, menggamit ingatan.

Flashback ~

Suasana sepi menyelubungi bilik ini. Aku duduk di atas katil, termenung. Fikiranku masih teringat akan Woohyun oppa dan sebab kenapa dia tidak datang melawatku. Lamunanku mati. Derap langkah yang berhenti di hadapan pintu bilikku diselangi dengan bunyi pintu dikuak membuatkanku menoleh.

Di ambang pintu, muncul seorang lelaki sebaya Appa yang lengkap berpakaian doktor. Aku hanya diam membisu. Dia melangkah ke arahku. 

"Annyeonhaseyo, Jung Eunji." sapanya. Aku memerhati mukanya. Dia mengenaliku? Ahh! Tidak hairanlah jika dia mengetahui namaku, kerana setiap bilik yang berpenghuni di hospital ini akan diletakkan nama pesakit. Tapi yang menghairankan aku, tujuannya melawatku. Sebelum ini, hanya jururawat di aras ini sahaja yang selalu masuk ke bilik ini. Jika doktor pula, hanya Hoya oppa dan Doktor Kim, doktor yang dikhaskan untuk merawatku sahaja yang akan kesini. 

"Annyeonghaseyo." aku membalas sapaannya. Dia menarik kerusi yang berada di sebelah katilku. "Awak kenal siapa saya?" aku hanya menggeleng. Dia mengeluh. "Nampaknya, dia belum beritahu awak siapa saya." aku mengerutkan kening. "Siapa dia?" aku memandang lelaki di hadapanku. 

" Woohyun." setelah mendengar nama yang keluar dari mulutnya, mataku membulat. "O-oppa?" senyuman kecil terbit di bibir. "Saya Nam Jisook. Ayah kepada Woohyun." dia memperkenalkan dirinya. 

"Saya datang sini cuma nak cakap sesuatu. Mesti awak tertanya-tanya kan, kenapa Woohyun hilang tiba-tiba?" soalannya dibalas dengan anggukan. "Dia sebenarnya pergi ke Jepun. Melanjutkan pelajaran. Saya dan isteri saya yang suruh dia kesana. Kami tahu, dia cintakan awak, Eunji. Dan saya juga tahu, awak mempunyai perasaan yang sama terhadapnya." 

Aku terkejut dengan apa yang dikatakan oleh ayah Woohyun. "Kami taknak bila dia kecewa bila awak dah tak ada nanti. Kami taknak dia berharap." ayatnya seakan-akan merobek hatiku perlahan-lahan. Pedihnya hanya aku sahaja yang tahu. Air mata mula bertakung.


"Saya harap awak faham akan harapan kami pada Woohyun. Kami hanya mahukan yang terbaik buat dirinya." dia bangun dari duduk. Bahuku ditepuk perlahan, dan kemudiannya dia berjalan keluar dari bilik. Aku masih lagi terkaku di situ. Diam membisu. Dadaku berombak. Tangisan ditahan. Tanganku mencengkam selimut dengan kuat. 


Ucapan terakhir Woohyun oppa bermain-main di fikiranku. Air hangat yang bertakung di  tubir mata mengalir perlahan-lahan. Buat kali pertama dalam hidupku, aku menangis kerana cinta. Malam itu, hanya tangisan dan sendu-sedan yang menemaniku.


End on flashback ~


Dentuman guruh di langit membuatkan aku tersentak. Aku memandang ke arah langit. Mendung. 'Pokok hujan' yang gelap menggantikan tugas sang mentari. Hujan akan turun sebentar lagi. Apabila melihat keadaan di atas, situasinya sama hatiku. 


Walaupun secara zahirnya, 'hujan' tersebut belum kelihatan, namun keadaan di dalamnya sangat membebankan, dan rintik-tintik tersebut melambangkan sesuatu. Air mata.


Aku bangun dari duduk, melangkah keluar dari taman. Tiba-tiba, terasa denyutan yang amat perit mencucuk-cucuk kepalaku. Pandanganku mulai kabur. Langkahku menjadi goyah. Aku ingin menjerit meminta tolong, namun suara yang ingin dikeluarkan tersekat di kerongkong.  Suara orang ramai terasa membingitkan. Selang beberapa saat, pandanganku kelam. Aku rebah di situ. Riuh-rendah yang membingit tadi sayup-sayup kedengaran. Yang tingal hanyalah suasana yang sepi. Sunyi.


4 tahun kemudian.
Author's P.O.V


Suasana di luang legar hospital tiba-tiba sunyi. Orang yang lalu-lalang terdiam, memerhati seorang gadis yang tangannya berdarah akibat mencengkam kaca bekas cecair ubat yang pecah.


Di situ juga terdapat beberapa orang jururawat dan seorang doktor yang sedang memujuk gadis tersebut. Dada gadis tersebut berombak. Menahan nafas. 


"Pergi!" jeritannya bergema. Seorang doktor itu cuba mendekati. Namun, langkahnya terhenti apabila gadis tersebut mengacukan kaca yang dipegang. 


"Jangan dekat! Aku cakap pergi!"  jeritannya kini kedengaran serak. "Eunji-shi, letak kaca tu dekat bawah." jururawat yang bersanggul kemas itu cuba memujuk. Tetapi, hanya jeritan yang diterima.  Gadis itu tiba-tiba terduduk. Bersandar pada dinding. Kaca di tangan dilepaskan. Kedua-dua belah tangannya mencengkam rambut. Jeritan bertukar ke tangisan.


Kelihatan doktor muda yang berdiri di sebelahnya cuba mendekati. Tubuh gadis tersebut dipeluk. 


"Eunji-ah. Pembedahan ni untuk kebaikan Eunji jugak. Eunji taknak sembuh?" lembut sahaj suaranya memujuk. "Tipu! Dah banyak pembedahan yang Eunji jalani, takde satu pun yang berjaya sembuhkan Eunji!" gadis tersebut membalas. Tangisannya kian menjadi-jadi. 


"Tapi tak salah cuba kan? Kalau kita ada usaha, kita akan dapat apa yang kita nak. Kan?" dicubanya sekali lagi. Gadis tersebut menggeleng laju. "Tapi Eunji dah penat! Penat dengan semua ubat yang masuk dalam badan ni! Eunji penat!" pelukan dikejapkan. Mata-mata yang memerhati, memangdang penuh sebak. Tumpang bersimpati dengan apa yang dialami oleh gadis itu.


"Okay, okay. Sekarang kita balik bilik dulu." doktor tersebut cuba beralah. Dipimpinnya gadis itu. Berjalan menuju ke arah bilik. 


Woohyun P.O.V

Aku berjalan keluar dari Incheon International airport sambil mengheret bagasi. Mataku melilau mencari teksi. Destinasiku hanya satu. Hospital.  Sebuah teksi yang baru sahaja menurunkan penumpang ku dekati. Apabila pemandu teksi itu bersetuju untuk menghantarku, aku terus masuk dan duduk di tempat duduk penumpang.


Wajah Eunji empat tahun yang lalu bermain-main di minda. Senyumannya yang membuatkan aku jatuh hati itu amat dirindui. Aku tidak tahu apa yang berlaku selepas aku pergi meninggalkan Korea. Yang pasti, Appa mungkin sudah menjelaskan kepada Eunji. 


Sedang asyik melayan perasaan, telefon di dalam poket seluar aku berdering. Dengan pantas aku menjawab.


"Woohyun-ah. Woohyun dah sampai?" suara Omma kedengaran gembira.


"Ne, omma."


"Kalau macam tu, cepat balik. Omma tak sabr nak jumpa dengan kamu."


"Omma, Woohyun nak pergi ke hospital dahulu. Lepas tu, baru Woohyun balik." aku menjawab. 


"Andwae! Jangan pergi! Balik rumah terus! Malam ni Omma nak kenalkan Woohyun dengan anak kawan Omma." suara Omma bertukar menjadi tegas. Aku memejamkan mata.


"Omma. Jebal. Woohyun.." rayuku perlahan.


"No! Omma cakap balik, Woohyun kena balik! No but! Kalau tak, Omma buat sesuatu yang Woohyun menyesal." Omma seakan-akan mengugut. Dan aku tahu, apa yang bakal dilakukan. Mungkin hati dia akan Omma sakiti lagi? Akhirnya aku mengalah.


"Arrasso." punat "End Call" ditekan. Aku megeluh. Aku menyuruh pemandu tersebut menukar destinasi. Pandangan dilontarkan ke luar tingkap. Aku amat merinduinya. Teramat rindu.


Eunji P.O.V

Tanganku yang luka dibersihkan dan dibalut. Pedihnya seakan-akan tidak dirasai. Aku memandang jururawat itu melakukan tugasnya dengan pandangan kosong. 

Fikiranku teringat akan kejadian tadi. Nasihat Hoya oppa berulang-ulang kali bermain di fikiran. Ia membuatkan aku berfikir. Patutkah aku jalani pembedahan tersebut? Tapi kalau tak berjaya macam pembedahan yang lain, macam mana? Tapi, tak salah kalau aku cuba kan? 

"Eunji-ah." aku menoleh. Hoya oppa berjalan ke arahku. "Parents Eunji dah ambil keputusan untuk..." belum sempat Hoya oppa meyudahkan kata-katanya, aku memotong.

"Oppa. Eunji nak jalani pembedahan tu. Boleh kan?"  aku memandangnya anak matanya. Dia tergamam. "Eunji dah fikir masak masak?" aku membalas soalannya dengan anggukan keci. "Cuma, Eunji nak mintak satu je." 

"Apa? Eunji cakap je. Oppa akan usahakan." 

"Eunji nak jumpa dengan Woohyun oppa sebelum pembedahan tu boleh?" air mataku bergenang.

"Err.." teragak-agak Hoya oppa bersuara.

"Jebal." aku merayu. 

"Oppa akan cuba hubungi Woohyun." Hoya oppa mengangguk kecil. Namun, aku tahu hatinya gusar. 

"Gomawo, oppa. Bila pembedahan tu?"

"Kalau ikut apa yang dah dijadualkan, pembedahan tu esok pagi. So, Eunji rehat banyak-banyak. Okay?" dia membelai rambutku. Aku mengangguk. Hoya oppa meminta diri. Belum sempat dia melangkah, aku menarik lengannya.

"Oppa, kalau ditakdirkan Eunji tak dapat diselamatkan semasa pembedahan. Eunji nak minta Oppa bagi kotak ni dekat Woohyun oppa." aku mengeluarkan kotak dari laci meja sebelah katilku. Hoya oppa memandangku lama. Kemudian, dia mengangguk. Aku tersenyum lemah.

"Eunji rehat, okay." dia menyuruhku berehat. Aku mengangguk. Selepas Hoya oppa menutup pintu, aku bangun. Turun dari katil. Buku nota yang berada di atas meja dicapai beserta sebatang pen.

Aku mula mengarang surat buat Woohyun oppa. Menulis apa yang terbuku di dalam hatiku. Sebak di dada cuba ku tahan. Setelah selesai, aku berjalan semula menuju ke meja sisi yang terletak di sebelah katil. Kotak yang berada di dalam laci tersebut dikeluarkan. Surat yang dikarang diletakkan di dalam kotak itu, lalu disimpan semula ke dalam laci.

Aku membaringkan diri di atas katil. Menunggu hari esok. Pembedahan akan dijalankan. Dan aku berharap yang permintaanku akan termakbul. Mata perlahan-lahan ku pejamkam.

Woohyun P.O.V

Gesekkan biola yang lembut terasa membingitkan. Suasana di restoran mewah yang agak sunyi membuatkan aku tidak tenteram. Makanan di dalam pinggan hanya dikuis-kuis. Gelak tawa Omma, Appa, Encik dan Puan Hong dan anak mereka  tidak dihiraukan. Yang bermain di fikiranku hanyalah satu. Eunji. 

"Woohyun-ah." Omma memanggilku perlahan. Aku menoleh malas. "Kenapa tak makan?" dia menyoal. "Tak ada selera." pendek sahaja aku membalas. Tiba-tiba telefonku berbunyi. Aku meminta diri untuk menjawab panggilan.

"Yeoboseyo?" aku menjawab. Pemanggil di sebelah sana mendiamkan diri. Aku mengerutkan kening. "Yeoboseyo?" aku menjawab sekali lagi. 

"Nam Woohyun." pemanggil tersebut bersuara. Aku terkejut. Suara yang sudah lama tidak ku dengari, kini menelefonku.

"Hoya?" 

"Yeah. Ni aku."

"Err, ada apa?"

"Wae? Tak boleh nak telefon?" kedengaran sinis sahaja suaranya. Aku berdehem. 

"Tak lah. Saje tanya." aku membalas.

"Aku cuma nak cakap sesuatu." jantungku berdegup pantas.

"What?" aku menunggu balasannya.

"Eunji. Eunji cakap dia nak jumpa kau sebelum dia masuk ke dewan bedah. Dia nak kau datang. Boleh ke?" serius sahaja bunyinya. 

"Aku.." belum sempat aku menjawab, kedengaran bunyi yang siuh di hujung talian. Aku cuba memanggil Hoya. 

"Yah. Hoya! What's happen?" panggilanku bersambut. Suara Hoya cemas.

"Aku rasa kau kena datang sekarang. Eunji tak sedarkan diri. Dia perlu segera dibedah. Kalau tak nak jumpa dia, kau boleh datang sini. Sebelum terlambat." talian diputuskan. Kakiku terasa lemah. Aku risaukan keadaan Eunji. Aku berlari menuju ke arah Omma dan Appa.

"Appa, Omma. I've to go to the hospital. Eunji tak sedarkan diri." setelah memberitahu mereka, aku berjalan keluar. Tetapi tegahan Appa membuatkan aku berhenti melangkah.

"Nam Woohyun! Appa tak benarkan kamu pergi!" tegas Appa melarang. Aku mengeluh. Sudah letih menjadi seperti anak kecil yang boleh disuruh dan dilarang sesuka hati. Aku menoleh ke arahnya. Mukanya ku perhatikan.

"She's dying! Please! Please, let me go and see her. I'm begging you." orang ramai sudah tidakku hiraukan. Muka Appa ku perhatikan, diselangi wajah Omma. Encik dan Puan Hong serta anak mereka terkejut. Mungkin mereka tidak mengetahui masalah kami sekeluarga. Aku tidak menunggu lama. Aku berlari keluar dari restoran tersebut menuju ke kereta. Eunji, wait for me....

*****
Aku melangkah masuk ke dalam bilik yang menempatkan Eunji. Aku berjalan mendekati Eunji yang sedang terbaring tidak bergerak. Pembedahan sudah lama selesai cuma baru sekarang pelawat dibenarkan masuk. Hanya ahli keluarga sahaja. Namun, aku telah dibenarkan oleh Encik Jung untuk mejenguk anaknya.

Sunyi. Hanya mesin yang membantunya bernafas sahaja yang didengari diselangi dengan bunyi dari mesin penyokong nyawa yang disambung ke badan Eunji. Aku meraih tangannya. Perlahan-lahan tangan itu ku usap. Aku memerhati lama wajahnya yang pucat. Sama seperti pertama kali aku melihatnya. 

"Mianhae, Eunji-ah." aku bersuara perlahan. Terasa air hangat mengalir di pipi. Aku membiarkan ia mengalir tanpa berniat untuk menyeka. Muka Eunji ku belai penuh kasih. Rasa bersalah membuak-buak. 


"Eunji-ah. Oppa minta maaf. Oppa tak dapat datang awal. Oppa rindu Eunji. Rindu sangat-sangat." aku meluahkan segala yang terbuku di hati. Aku menangkap sesuatu yang amat menyentuh hati. Ada air mata yang mengalir dari mata Eunji yang tertutup rapat. Aku tergamam. 


Tangannya ku genggam erat. Air mataku mengalir deras. Sungguh. Aku tidak bohong. Keadaannya amat menyentuh hatiku. 


"Oppa tau Eunji dengar apa yang Oppa akan cakap." aku bersuara. Serak. 


"Oppa sayang Eunji. Oppa bersalah sebab tak bagi tahu Eunji sebelum Oppa pergi. Omma minta maaf atas kesilapan parents Oppa. Oppa menyesal rahsiakan perkara tu. Oppa rindu Eunji. Rindu nak tatap wajah Eunji. Eunji-ah..." aku memejamkan mata dan menarik nafas. Aku bangun dari duduk. Wajahku didekatkan ke wajahnya. Perlahan-lahan, dahi Eunji dicium.


"I love you. I love you forever." aku membisikkan kata-kata itu. Tiba-tiba mesin penyokong nyawa berbunyi panjang. Aku terkaku. Mesin itu dipandang, kemudian aku menoleh memandang wajah pucat Eunji. Wajahnya kelihatan tenang. Mukanya dibasahi dengan air mata. 


Lututku terasa lemah. Aku terduduk di situ. Tangannya masih belumku lepaskan. Kedengaran derap langkah meluru masuk. Encik dan Puan Jung memeluk tubuhnya. Tangisan Puan Jung kedengaran memilukan.


*****
Kubur Eunji ku tatap sayu. Air mata sedaya upaya aku tahan. Aku sudah berjanji dengan diriku agar tidak menangis semasa majlis pengebumian Eunji.  Semua orang telah pulang. Kini hanya tinggal aku seorang sahaja di kawasan tersebut.


Angin lembut menyapa lembut wajahku. Aku menoleh apabila terasa bahuku ditepuk. Hoya. Raut wajahnya kelihatan serius. 


"Eunji suruh aku serahkan kotak ni bila dia dah tak ada." dia menghulurkan sebuah kotak berwarna coklat gelap kepadaku. Aku menyambut huluranya. Sekali lagi bahuku ditepuk.


"Jangan menangis sebab dia. Aku rasa Eunji pun tak nak kau menangis. Aku bagi nasihat bukan sebagai kawan. Tapi sebagai abang kepada Eunji." dia berlalu pergi. Meninggalku keseorangan di sini. Perlahan-lahan penutup kotak itu dibuka. Di dalamnya terdapat sehelai sapu tangan yang amat ku kenali. Benda pertama yang aku berikan kepada Eunji. 


Di sebelah sapu tangan, terdapat seutas rantai dan kepingan-kepingan gambar yang ditangkap semasa kami bersama empat tahun lepas. Dia masih menyimpan semua barang-barang yang aku berikan. Betapa besar cintanya padaku. Namun, ada sesuatu yang menarik perhatianku. Sehelai kertas yang berlipat kemas. Aku mengambil lalu membuka lipatan kertas tersebut. 


"Oppa. Annyeong. Waktu oppa baca surat ni, mungkin Eunji dah tak ada bersama-sama dengan Oppa. Mungkin... Eunji ada dekat 'atas' sana, memerhatikan Oppa. Mungkin juga Eunji berada di sebelah Oppa sekarang. Tapi yang pasti, Eunji selalu berada di dalam hati Oppa. Kan? 
Waeyo, Oppa? Kenapa Oppa tak bagitau Eunji. Kenapa Oppa tinggalkan Eunji. Oppa dah mungkiri janji Oppa. Oppa cakap Oppa akan temankan Eunji sampai bila-bila. Jadi kawan Eunji susah dan senang. Tapi Oppa tinggalkan Eunji dulu.
Oppa~ Eunji rindu Oppa. Eunji rindu dengan pelukan Oppa. Eunji rindu akan senyuman Oppa. Eunji rindu dengan nasihat-nasihat Oppa yang selalu jadi penguat untuk Eunji terus hidup. Eunji rindu semuanya. 
Bila Eunji dah tak ada nanti, Oppa jangan menangis. Eunji tak nak tengok Oppa menangis.  Lelaki tak nampak handsome bila menangis. So, Eunji taknak Oppa nampak hodoh. Kekeke~ Teruskan hidup. Eunji harap, Oppa akan jumpa dengan perempuan yang lebih cantik, lebih comel dan yang pasti tak ada penyakit macam Eunji. Tapi jangan lupakan tentang memori kita.  Promise me? Oppa tetap orang yang Eunji cintai. Selama-lamanya. Saranghae, Woohyun oppa~"
Aku merenung surat di tangan berulang-ulang kali. Ayat terakhir yang ditulis bermain-main di minda. Aku mendongak memandang langit. Awan redup berarak perlahan. Langit kelihatan tenang. Setenang perasan Eunji di 'sana' mungkin



Okay, Eunji. Oppa tak akan mugkir janji lagi kali ni. Oppa tak akan lupakan segala kenangan kita. Oppa akan ingat senyuman Eunji sampai bila bila. Dan Eunji juga orang yang pertama Oppa cintai. Pertama dan selamanya~



-Finish-
"Memory is a way of holding on to the things you love, the things you are, the things you never want to lose."