Thursday, October 13, 2011

Love Can't Lie [Two-shot Version]

-Correction! It's Two-shot!-

Author: Me [Zafyra]
Genre: Romance, School
Characters: Soyeon, Sungmin, Jiyeon, Myungsoo, Eun Ji, Kikwang, Bomi, Doojoon, Hyosung, Lee Joon

Description: Apabila si keras kepala bertemu dengan si hati batu, apa yang akan berlaku? Park Soyeon, seorang gadis yang penyayang dan seorang yang menghormati orang lain. Lee Sungmin, seorang jejaka yang pendiam, degil dan seorang playboy. Mereka saling mengenali tetapi hanya mengambil kisah hal masing-masing. Namun, ada kejadian yang menyebabkan mereka bergaduh. Di situ bermula segala masalah. Tetapi, ada pepatah mengatakan bahawa benci lama-lama akan bertukar menjadi sayang. Bolehkah mereka menerima kehadiran perasaan sayang tersebut?


**********

Soyeon P.O.V

  "Kepada pelajar yang bernama Park Soyeon, Park Jiyeon, Jung Eun Ji, Yoon Bomi dan Jeon Hyosung. Sila ke bilik disiplin sekarang dengan segera."

Pengumuman yang dinanti-nantikan. Setelah mendapat kebenaran, aku terus keluar dari kelas. Jiyeon, Eun Ji, Bomi dan Hyosung sudah berada di tepi tangga yang menuju ke bilik disiplin.  

"Kita buat macam biasa. Jangan angguk atau geleng. And, no laughing." aku melangkah mendaki anak tangga dikuti oleh mereka.

**********

"Kamu tahu apa kesalahan kamu kali ni?" suara Pengetua Kim memecah suasana. Diam. Tiada jawapan. Muka Puan Im, guru disiplin itu aku pandang. Mukanya kelat dan aku pasti, dalam hatinya mesti dah macam gunung berapi.

"Kamu, Park Soyeon. Kamu sebagai seorang sunbae mestilah beri teladan yang baik untuk hoobae kamu yang lain. Dahlah, saya dah malas nak tegur kamu semua. Nasib baik kamu semua pelajar yang cemerlang dan menjadi pelajar harapan sekolah. Haih." dia menggeleng lalu keluar dari bilik disiplin. Sekarang hanya tinggal Puan Im sahaja. Dia mencapai bakul yang berada di sebelah almari buku.

"Ikut saya!" 

Dia membawa kami ke tengah-tengah gelanggang bola keranjang. Di situ, kami diarah untuk berdiri dalam satu barisan. 

"Sila rendahkan skirt kamu, butangkan kemeja sehingga penuh, ketatkan tali leher. Buka kasut kamu semua dan masukkan ke dalam bakul ni sekarang." 

Amboi, banyaknya arahan... Kami mengikut arahannya tanpa bantahan. Kemeja sekolah dibutangkan sehingga penuh, tali leher diketatkan, skirt yang sengaja dipakai singkat itu direndahkan. Dan akhir sekali, kasut yang pelbagai warna itu dibuka dan dimasukkan ke dalam bakul. Di kaki hanya tinggal knee-sock.

"Berdiri di sini sehingga saya datang!" Puan Im berlalu meninggalkan kami. Kelibatnya hilang di sebalik bagunan sekolah.

Suasana sepi. Tapi percayalah, ketawa akan meletus sekajap lagi. 1...2...3!

"Pfftt"
"Hahaha"
"Hehehe"

"Korang nampak tak muka Puan Im macam mana tadi?" Eun Ji berkata sambil ketawa. Kami hanya mengangguk dan terus ketawa tapi tidak mengilai. Ini adalah salah satu cara untuk menaikkan kemarahan Puan Im kerana guru disiplin yang garang itu suka mencari kesalahan kami walaupun sesaat.


Lee Joon P.O.V

Loceng berbunyi menandakan waktu rehat. Setelah menyimpan buku ke dalam beg, aku terus keluar dari kelas dan berjalan menuju ke arah tangga yang membawa ke bumbung sekolah seperti biasa. Tapi, ada yang membuat langkahku terhenti.

"Kau tau, geng Soyeon sunbae kena denda?"
"Ha'ah, tapi kenapa? Tadi nama diorang kena panggil."
"Entah. Yang tu kau tak tahu."

Kena denda? Daebak! Kena bagitahu yang lain ni. Langkah dipercepatkan. Doojoon hyung, Myungsoo dan Kikwang tengah sibuk memandang ke bawah. Sungmin hyung pula hanya mengelamun sambil mendengar lagu dari i-Podnya. Eh, macam mana dia seludup benda ni masuk dalam sekolah? Aku berjalan mendekati mereka.

"Korang tau tak yang diorang kena denda?" aku menegur. Geng Soyeon sunbae selalu kami usik. Tapi diorang hanya buat tak kisah sahaja. 

"Tau. Tengok tu." Doojoon hyung memuncungkan bibirnya ke bawah. Aku melihat ke arah yang ditunjuk. Ceh, patutlah tak ada respon pun, tengah sibuk tengok orang kena denda rupanya.

"Hahaha!" ketawa terlepas.

"Shhh.. Diam lah! Kalau kau ketawa, sekolah rendah depan sana pun boleh dengar tau tak?" Myungsoo menutup mulutku namun sempat ditepis.

"Hehe.. Mian." aku tersengih. Sungmin hyung di sebelah aku pandang. Mukanya nampak sangat serabut.

"Hyung, ada problem ke?" aku menegur Sungmin hyung, dengan harapan dia membalas. Namun hampa, hanya gelengan yang aku terima. 

"Korang, jom usik diorang nak?" Kikwang memberi cadangan. Kami memandang mukanya dengan kerutan di dahi.

"Watch this... Yah, Jung Eun Ji!" Kikwang menjerit. Semua pelajar yang berada di bawak mendongak termasuklah lima orang gadis yang sedang berdiri di tengah-tengah gelanggang bola keranjang tanpa memakai..... kasut?

"Best tak kena denda?" soalan yang memang boleh dikategorikan sebagai annoying itu kedengaran.
Doojoon hyung, Kikwang dan Myungsoo sudah terkekek-kekek ketawa. Aku hanya tersengih mendengar
soalan tadi.

"Best gila! Waeyo? Nak join?" Eun Ji, gadis berambut panjang itu membalas. Kedengaran amat
menjengkelkan sahaja bunyinya.

"Yah, Park Jiyeon. Cantik knee-sock kau!" Myungsoo menjerit. Bukan perlian tapi pujian! Myungsoo yang sedang tersengih itu memandang kami yang masing-masing muka berkerut. Dia segera mematikan sengihnya sambil berdehem.

"Gomawo. Nak pinjam ke?" sekali lagi ketawa kami pecah dengan soalan Jiyeon. Tak boleh bayangkan kalau Myungsoo pakai knee-sock! Hyosung, Bomi dan Soyeon sunbae hanya mencebik.

"Woi! Korang tak reti nak duduk diam ke? Tumbuk kang!" Hyosung sudah mengacukan penumbuk
manakala Bomi disebelah mengangguk tanda setuju.


Sungmin P.O.V 

"Hahaha!" suara ketawa jelas kedengaran. Volume di i-Pod dinaikkan. Bising sungguh diorang ni!
Tiba-tiba, mataku tertancap kepada sepasang objek berwarna biru. Dan idea untuk menghentikan
gelak ketawa mereka datang secara mendadak.

Aku bangun menuju ke arah benda tersebut. Menganggkat dan membelek. Aku berjalan kembali ke arah
mereka yang sedang sibuk mengusik.

"Hahaha, korang..." tanpa sempat Doojoon menghabiskan ayatnya, sudah selamat benda yang berada di tangan aku melayang ke arah kaki Soyeon di bawah. Mukanya kelihatan terkejut. Dia memandang ke atas.

"Hyung..." Myungsoo menegur. Aku memandang ke arah mereka. Semua muka macam cicak tertelan kapur.

"Korang share la selipar tu. Aku jumpa dekat atas ni. Dah macam pengemis tepi jalan aku tengok korang tak berkasut. Lain kali langgar peraturan sekolah ajak aku sama. Okay?" aku memberi senyuman paling manis kepada mereka berlima.

"Kau bengang ke kami gelak kuat-kuat?" Doojoon memandangku dengan muka bersalah. Aku menggeleng.

"Tak lah. Suara korang sedap bila gelak." aku berpaling dan berjalan meninggalkan mereka.

**********
Eun Ji P.O.V
WHAT?! Pengemis tepi jalan? Oho~ jahatnya dia ni. Aku hanya mencebik.

"Jahatnya mulut Sungmin sunbae. First time dia cakap dengan kita and ayat pertama yang sinis pulak tu." Boomi seakan-akan tidak percaya dengan kata-kata Sungmin sunbae tadi.

"Jom kita cili mulut dia nak?" Hyosung sudah membuat muka nakal.

"Setuju. Dengan geng dia yang lain pun sama!" Jiyeon mengacukan penumbuknya ke udara.

"Tak payah...Unnie tahu nak buat apa." suara Soyeon unnie membuatkan kami mamndang ke arahnya. Dia tunduk dan mengutip selipar biru yang dibaling oleh Sungmin sunbae tadi. Mukanya terdapat riak 'balas dendam'!

*********

Pukul 8:30 malam. Kami semua sudah selamat menyelusup masuk ke dalam kawasan sekolah. Berhati-hati agar tidak tertangkap. Selepas tamat waktu persekolahan, para pelajar tidak dibenarkan masuk ke dalam kawasan sekolah. Atau denda akan dikenakan kepada sesiapa yang ingkar akan peraturan ini. Tetapi, ia sedikit pun tidak mematahkan perasaan yang berada dalam hati kami semua. Balas dendam!

Aku, Jiyeon dan Bomi melangkah ke bagunan sebelah. Memilih laluan yang tidak mempunyai CCTV. Mendaki anak tangga dan menuju ke arah kelas. Kikwang, Myungsoo dan Lee Joon sekelas dengan kami. Manakala Sungmin sunbae dan Doojoon sunbae pula sekelas dengan Soyeon unnie.

Kami menyorong pintu dengan perlahan-lahan. Perlahan-lahan kami berjalan ke arah meja mereka bertiga. Chewing gum yang sedang dikunyah, dikeluarkan dan dilekatkan di atas kerusi. Kami hanya ketawa perlahan-lahan. Harap-harap korang kena la perangkap kami.

**********
Hyosung P.O.V

Soyeon unnie melangkah masuk ke dalam kelasnya. Aku hanya membontoti langkah Soyeon unnie. Tiba-tiba dia berhenti dan bertinggung. Di hadapan meja yang kemas berbalut. Mungkin ni meja Sungmin sunbae.

Soyeon unnie mengeluarkan screwdriver dari poket seluar panjangnya. Dia melonggarkan skru di kerusi yang sudah di terbalikkan. Setelah melonggarkan segala skru, dia kembali meletakkan kerusi tersebut ke tempat asal. 

"Your turn." Soyeon unnie mengisyaratkan agar aku meletakkan cat yang hampir sama warna dengan cat kerusi. Bukan kerusi Sungmin sunbae tetapi Doojoon sunbae! Cat yang pekat tadi dituangkan dan diratakan dia atas tempat duduk kerusi tersebut. Harap-harap, cat ni akan tahan lama dan tak kering.

"Done, let's go now. Diorang dah tunggu." Soyeon unnie menarik lenganku dan keluar dari kelas. Pintu dikatup. 

Harap-harap rancangan akan berjaya! Fighting!


*to be continued*








2 comments: