Friday, October 21, 2011

Love Can't Lie [Two-shot Version] Final

Correnction- It's Two-shot!
**********


Soyeon P.O.V

"Cik, ada apa-apa yang boleh saya bantu?" suara Ye Jin, pembantu rumah yang berusia 20-an itu
memasuki gegendang telingaku. Aku hanya menggeleng. Dia meminta diri dan berlalu sambil menolak troli yang dipenuhi dengan kain pengalas meja. Dewan ballroom di belakang rumah aku sedang sibuk dengan pelbagi ragam manusia.

Aku memerhati semua pembantu-pembantu rumah yang sedang tekun menyiapkan hiasan,
 meja dan macam-macam lagi untuk majlis malam ini. Majlis ulangtahun syarikat Appa. Mesti Encik dan Puan Lee turut dijemput. Dan sudah pasti, anak mereka turut sama datang ke majlis ini.

 Lee Sungmin. Aku teringat akan kejadian minggu lepas. Dimana dia dan gengnya telah terkena
perangkap yang dipasang. Kikwang, Lee Joon dan Myungsoo hanya menjerit apabila seluar mereka terkena chewing gum yang dilekat. Doojoon juga begitu. Tetapi tidak bagi Sungmin. Tangannya patah akibat terjatuh dari kerusi yang telah dilonggarkan skrunya. By me! Aku hanya ketawa pada waktu itu, tetapi juga merasa bersalah. Teruk sangat ke? Pihak sekolah pula terkejut dengan kejadian tersebut. Parents Sungmin tidak menyalahkan sesiapa. Thanks god!

Telefon yang berada di dalam poket bergetar. Segera aku angkat.

"Unnie~"

"Yeah, Jiyeon? Wae?"

"Nothing. Malam ni Jiyeon kena datang jugak ke?"

"Yeah, of course. Jiyeon kena datang even Jiyeon bukan anak kandung Omma dan Appa."

"Okay, but Jiyeon malulah. Nanti diorang cakap apa pulak."

"Jiyeon, listen here. Biar la diorang nak cakap apa. Yang penting Jiyeon datang. Omma dan Appa dah pesan kan? By the way, dress tu dah sampai rumah?

"Gomawo unnie.  Dah, dress tu cantik sangat. Okaylah, Jiyeon pergi siap-siap nanti Jiyeon datang. Annyeong"

"Ne,annyeong." aku mematikan perbualan. Jiyeon, adik angkat aku sejak kecil lagi. Tapi kami tinggal berasingan sebab dia sayang rumah yang parents dia tinggal. Aku sayang dia walaupun kami hanya adik-beradik angkat. Aku berjalan keluar dari ballroom.

**********

     Orang ramai bergerak mengambil makanan. Ada yang menari dan ramai yang sedang bergelak ketawa. Aku berjalan menuju ke arah kaunter air. Aku mengambil segelas lemonade yang sudah tersedia di atas meja. Jiyeon pula pergi ke tandas. Aku menoleh ke kiri dan kanan. Tiba-tiba, mataku tertancap kepada seorang lelaki yang duduk dikelilingi gadis gadis lain. Huh! Dasar playboy. Aku patah-patahkan lagi tangan kau baru tahu.

Dia memandang aku. Pandangannya tajam. Aku melarikan anak mata. Cuba mengelak dari terus
dipandang. Tetapi, aku rasakan yang banyak mata memandang. Aku menoleh. Oh my.. Dia datang sini!

"Cantik dress kau."

"Oh, thanks. But, kenapa dengan tangan kau?" riak wajah sedaya upaya aku kawal. Muka terkejut yang dibuat-buat.

Sungmin tiba-tiba ketawa. Mukanya didekatkan ke telingaku. Deruan nafasnya yang hangat menyapa
pipiku.

"Aku tau kau yang longgarkan skru kerusi aku kan? Haha, jangan risau. Aku takkan bagitau
sonsaeng-nim. Tapi aku nak cakap..."

Ish.. cakap je lah! Tak payah gantung gantung ayat boleh?!


"...yang aku akan balas apa yang kau buat." dia menyudahkan ayatnya.

"Try me." aku mengangkat kening double jerk. Dia hanya membalas dengan senyuman yang penuh
makna dan berlalu pergi. Aku tertanya-tanya apa yang akan dia lakukan?

**********

"Unnie! Jiyeon ada dekat hospital. Dia hampir kena rogol. Unnie datang sini cepat!"

Aku masih teringat akan ayat Eunji tadi. Aku amat risaukan Jiyeon sekarang ni. Kereta yang dinaiki
membelok masuk ke dalam perkarangan hospital. Aku terus berlari keluar dari kereta dan menuju ke bilik yang diberitahu.

Aku melihat Eun Ji, Bomi dan Hyosung berada di luar bilik. Aku berjalan ke arah mereka.

"Yah, macam mana dengan Jiyeon?"

"Dia ada dekat dalam. Tengah tidur. Tadi dia nangis, pastu nurse datang cucuk ubat tidur." Bomi membalas.

"Hampir kan? Bukan memang kan?" aku bertanya. Diorang hanya membalas dengan anggukkan.

"Macam mana boleh jadi macam ni?"

"Kami pergi taman. Pastu, Eunji dengan Bomi pergi beli air. Hyosung pulak pergi tandas. Then waktu kami
balik ke taman, Jiyeon tengah menangis. Ada orang tolong dia."

"Who? Tell me."

"Korang, macam mana dengan Jiyeon?" pertanyaan itu menerpa masuk ke gegendang telinga. Suara lelaki. Aku menoleh. Myungsoo? Dengan Kikwang dan Lee Joon.

"Dia okay." Hyosung membalas.

"Macam mana korang boleh tau pasal Jiyeon ni?" aku mula mengesyaki sesuatu.

"Kami lalu dekat taman tu then dengar suara orang menjerit. Kami nampak dua orang lelaki cekup mulut Jiyeon. So, kami tolong la. Tapi lelaki tu sempat lari."

Diorang tolong Jiyeon? Lelaki tu sempat lari? Aku mengesyaki sesuatu. Lee Sungmin! Hanya dia saja
yang terlintas di fikiran aku sekarang.

**********
Sungmin P.O.V

Aku turun dari kereta yang berhenti di hadapan pagar sekolah. Selepas memesan kepada pemandu
agar tidak lupa menjemput selepas sekolah, aku melangkah masuk.

Sampai sahaj di kelas, kerusi ditarik. Tetapi ada sesauatu yang terlintas di fikiran membuatkan aku
membatalkan niat untuk duduk. Aku menyepak kerusi tersebut, memastikan agar tidak longgar. Okay, selamat! Namun, belum sempat aku duduk, kolar kemeja sekolah aku ditarik.

"Follow me!"

Aku hanya mengikut langkahnya. Kami menuju ke penjuru koridor.

"Aku tak kisah kalau kau nak balas dendam. But, kenapa balas dendam dengan orang yang lain?"

Aku mengerutkan kening. Muka Soyeon yang sedang menahan marah kupandang. Muka aku pula menunjukkan riak tak faham.

"Jiyeon. Kau yang upah orang suruh rogol dia kan? Kenapa kau tak upah suruh rogol aku je?" dia menjerit kecil.

"Woah, woah. Bab balas dendam tu aku faham. But, bab rogol tu takde kena mengena dengan aku."

"Hey! Kau jangan buat tak tahu boleh tak?" pelajar yang lalu lalang berhenti memerhati kami.

"Aku cakap tak tahu, tak tahu la!" aku mula meninggikan suara.

"Huh! Tinggi suara depan perempuan? Dasar playboy! Parents kau tak ajar pasal adab ke?" ayatnya membuatkan aku hilang sabar. Aku menolak tubuh Soyeon ke dinding. Merapatkan muka ke telinganya.

"Jangan babitkan parents aku! Kau jangan sampai aku buat sesuatu yang kau akan menyesal. And one more thing. Playboy, kalau dia sayangkan seseorang, dia akan buatkan apa sahaja yang dia boleh. So, jangan ingat aku takda perasaan dan hanya mainkan perasaan perempuan!" aku membisikkan ayat itu. Aku meninggalkan berjalan meninggalkan dia.

**********

Jiyeon P.O.V

"Unnie, kenapa unnie buat macam tu? Jiyeon rasa yang bukan Sungmin oppa punya kerja." aku terkejut mendengar cerita Soyeon Unnie. Hyosung, Eunji dan Bomi hanya terdiam dari tadi.

"Kenapa? Dia ada cakap yang dia akan balas dendam." Soyeon unnie membalas dengan sengaja.

"Tapi, Jiyeon rasa bukan dia lah! Tak rasa macam dia bawah umur sangat ke nak buat kerja macam tu?"

"Nope. Dia suspek utama.In my oppinion, kalau ada duit kerja boleh jalan. Tak kira umur!"

"But.."

Ayat itu tergantung. Semua mata kini tertumpu ke arah Soyeon unnie yang sedang memandang telefonnya.

"Yoboseyo? Ne,Appa?" Soyeon unnie menjawab panggilan. Dia menekan punat 'loud speaker'.

"Soyeon-ah, Appa dah tahu sapa yang buat macam tu dekat Jiyeon." suara Appa kedengaran. Aku memandang Soyeon unnie dengan muka yang terkejut. Begitu juga dengan yang lain.

"Chincha? Nugu?"(Really? Who?)

"My rivals. Dia ada hantar surat ugutan. Tapi Appa tak tahu identiti sebenar. Dia cakap dalam surat tu, dia aim anak Appa, thats means yang itu kamu. But, maybe dia tersilap aim. So, Jiyeon yang kena."

"Bwo? Habis tu?"

"Appa nak kamu hati-hati lepas ni. You have to ask my permisson first before going out. Arasso?"

"Ne. Arasso. Annyeong." Soyeon unnie menamatkan perbualan. Kami yang masih diam memandangnya dengan pandangan memaksa.

"Unnie.." Bomi memulakan.

"Pergi minta maaf.." Eunji menyambung.

"Dekat Sungmin sunbae.." Hyosung juga menyambung.

"Now!" aku bangun dan mendekati Soyeon unnie. Dia pantas berlari masuk ke dalam bilik air. Aku mengejar namun terlambat. Dia sudah mengunci pintu tersebut. Aku mengetuk pintu.

"Unnie! Pergi la. Kesian dekat Sungmin oppa tau!" aku memujuk.\

"I don't want. Serve him right." kedengaran suara orang menjerit.

Aku mengeluh. Degil!

**********

Author P.O.V

Suasan yang sepi dicemari dengan bunyi pengumuman. Para pelajar yang sedang tekun
 menelaah buku untuk peperiksaan akhir tahun mengangkat muka mereka dari terus melekat di buku tersebut.

"Pelajar yang bernama Lee Sungmin, Park Soyeon, Jung Eunji dan Lee Kikwang. Datang ke bilik guru sekarang."

Setelah mengetahui bahawa pengumuman tersebut tiada kena mengena dengan mereka. pelajar pelajar tadi meneruskan bacaan yang terbantut tadi.

Kelihatan dua orang pelajar, lelaki dan perempuan dari kelas yang sama berjalan keluar dan menuju ke arah bilik guru. Sambil menjeling!

**********
Kikwang P.O.V

Aku berjalan ke arah bilik guru dan terus masuk ke dalam. Suasana sepi membuatkan aku kecut.
 Suasan kelihatan tegang. Semua guru sedang sibuk menyiapkan kerja masing-masing. Ada yang sedang membuat minit mesyuarat, dan ada juga yang sedang menyiapkan kertas peperiksaan. Aku mengesan kelibat Sungmin hyung, yang berada di tepi meja Kang-saeng bersama dua orang pelajar perempuan.

"Yeah, saya mahu awak berempat siapkan dewan untuk majlis graduation pelajar tahun 3(15 tahun)." suara Kang-saeng kedengaran apabila mejanya ku dekati.

"Tapi, kami nak exam." Soyeon sunbae seakan-akan ragu-ragu untuk menerima tawaran tersebut.

"I know. That's why guru-guru lain cadangkan awak berempat. Walaupun sibuk, markah awak semua masih okay." Kang-saeng tersenyum.

"Err, okay. Bila nak start?"

"Next week. Don't worry. Cikgu tak suruh rush. Majlis start lagi 5 minggu. And akan ada pelajar yang bantu kamu nanti."

Kami hanya mengangguk tanda setuju.

**********

Sungmin P.O.V

"Yah, Lee Kikwang! Pergi beli kain, reben, glitter, gam dengan cat sekarang."

Kikwang yang sedang sibuk menyusun meja hanya mengangguk. Dia mengajak beberapa orang pelajar
lelaki pergi dengannya.

"Yah! Kau jangan curi tulang. Aku bagitahu Kang-saeng nanti." aku menjerit ke arah Soyeon yang sedang duduk di atas pentas. Dia bangun dan berjalan menghentak kaki.

"Kau tolong boleh tak? Aku nak gantung kain ni!" dia membalas. Aku berjalan ke arahnya. Dia menyuruh aku memegang tangga. Aku hanya mengikut arahannya. Soyeon memanjat tangga sambil sebelah tangannya memegang kain yang hendak digantung. Dia mula menggantung namun tidak sampai. Soyeon menginjatkan kakinya. Tetapi malang tidak berbau, dia tergelincir namun aku sempat menyambut.

"Auch!" dia terduduk. Tangannya mula mengurut kaki kanan.

"Gwaenchana?"

"Tak. Kaki aku sakit. Terseliuh."  aku memandang mukanya yang sedang berkerut.

"Jom pergi bilik rawatan." aku membantunya bangun. Dia hanya menurut.

**********

Soyeon P.O.V

Sungmin sedang mengurut kaki aku yang sudah membengkak. Dia menuangkan sedikit minyak panas ke telapak tangannya. Kain pembalut di tepinya aku pandang.

"Ahh! Sakit." aku menjerit apabila terkena tempat yang terseliuh. Dia hanya berdiam diri. Melihat mukanya, timbul rasa bersalah kerana menuduh dia yang bukan-bukan.

"Mianhe." ayat itu keluar dari mulutku.

"For what?"

"Sebab tuduh kau bukan-bukan."

"Nahh. Forget bout' that. Aku tak kisah pun." dia mula membalut kaki aku.

Suasana sepi. Aku hanya memandang mukanya.

"Dah tahu sapa yang buat macam tu dekat Jiyeon?"

"Yeah, someone yang dengki dekat Appa aku."

"Hurm. Done. Maybe tak lama lagi hilang la bengkak tu."

"Gomawo." aku memandang mukanya. Dia tersenyum sambil mengangguk.

"Dah lewat ni. Jom aku hantar kau balik." dia mengajak. Aku hanya mengangguk apabila mengenangkan keadaan kakiku sekarang.

**********

Myungsoo P.O.V

Kami menghadiri majlis graduasi senior tahun 3. Sungmin hyung, Doojoon hyung dan Soyeon sunbae juga turut terlibat. Sesi bergambar tiba. Sungmin hyung bersama dengan parents dia sedang bergambar bersama. Aku, Kikwang dan Lee Joon berjalan mendekati Jiyeon, Eunji, Hyosung dan Bomi.

"Mana Soyeon sunbae?"

"Sana dengan Omma dan Appa." Jiyeon memuncungkan mulutnya. Kami hanya mengangguk.

"Diorang dah berbaik?

"Yeah, dah."

"Okaylah kalau macam tu."


"Hey guys!" Soyeon sunbae mendekati kami semua.

"Chukhae Unnie." Jiyeon dan  rakannya yang lain memjerit. Mereka ketawa. Aku pula hanya tersenyum memandang Jiyeon. Comel!

"Congratulation, Sunbae-nim." Kikwang tersenyum memandang. Aku dan Lee Joon juga mengucapkan tahniah. Soyeon sunbae hanya ketawa.

"Yo, what's up?" Sungmin hyung pula menegur. Doojoon hyung pula muncul dari belakang. Kami hanya membalas high five. Kelihatan Doojoon hyung mencuit pinggang Sungmin hyung. Sungmin Hyung pula hanya membalas dengan angguka. Okay, masa tu dah tiba!

" Soyeon! Jom keluar, ada something aku nak cakap." suara Sungmin hyung mematikan ketawa Soyeon sunbae.

"Okay."

"Malam ni pukul 8:00 aku datang ambik kau." Soyeon sunbae hanya mengangguk. Hanya dia seorang yang muka kelihatan terkejut. Tetapi yang lain, hanya tenang.

**********

Kami berjalan menysuri sungai. Lampu-lampu yang bercahaya mebuatkan keadaan sekeliling amat cantik. Angin malam menyapa.  Kami berhenti dan duduk di atas bangku yang telah disediakan.

"Kau percaya perkataan soulmate?" setelah lama menyepi, aku memulakan bicara.

"Percaya la jugak. Wae?"

"Kau percaya cinta pandang pertama?"

"Tak sangat. Waeyo?"

"Kau pernah dengar kan aku cakap yang playboy akan buat apa saja bila dia sayangkan seseorang?"

Soyeon mengangguk.

"Kau pernah dengar perkataan benci lama-lama akan bertukar menjadi sayang?"

"Yeah. Ahh, wae?"

"Park Soyeon. Would you be my girlfriend?" aku menghulurkan seutas rantai dan berlutut di hadapn Soyeon.

Dia hanya tergamam. Aku masih menanti jawapan darinya. Dia berdiri. Aku juga ikut berdiri. Memandang mukanya dengan perasaan ingin tahu.

"Mianhe. Aku tak boleh." dia berjalan menjauhi aku.

"Wae? Sebab aku playboy?" aku bertanya. Dia menggeleng.

"Then, what?"

"No! Aku kena fikir dulu. Bagi aku masa. And kalau kau sayang aku, kau akan tunggu aku, right?" dia hanya tersenyum lemah sambil berlalu pergi. Aku hanya berdiri. Kaku.

It's okay. Take your time, Soyeon. And, I will wait for you until forever. I love you!

**********

5 tahun kemudian,
Sungmin P.O.V

Aku melangkah memasuki pejabat dengan senyuman lebar. Esok, gadis yang mencuri hatiku selama ini akan pulang dari Australia. Soyeon, dia telah melanjutkan pelajaraan ke luar negara sehari selepas aku meluahkan perasaan. Yeah, memang aku kecewa. Tetapi, janj tetap janji. Aku masih menunggu jawapan darinya.

Kata-kata Jiyeon, adik angkat Soyeon masih melekat dalam kepala aku. Soyeon menolak perasaanku kerana dia masih teringat akan cinta pertamanya. Yang meninggalkan dia kerana curang bersama orang lain. Dan disitulah aku tahu kenapa dia membenci seorang playboy.

Esok, aku akan menuntut jawapan darinya. Sengihan di bibir aku lebarkan.

**********

Soyeon P.O.V

Aku melangkah keluar dari airport. Pemandu peribadi yang tadi aku temui membawa aku ke kereta. Penat lelah selama ini hilang apabila teringat akan keluarga disini. Termasuklah, Jiyeon, Eunji, Bomi dan Hyosung yang aku anggap sebagai adikku sendiri.

Sungmin. Lee Sungmin. Jiyeon ada beritahu bahawa dia masih menunggu jawapan dari aku. Dan, aku pasti dia masih memegang janjinya. Dan aku akan memberi kata putus. Aku akan menerimanya. Stop! Aku tersenyum apabila teringat akan suasana waktu Sungmin meluahkan perasaan.

**********

Ish, mana diorang ni? Dah pukul 4:30 tapi masih tak nampak batang hidung.
Aku melihat jam yang dipakai.

Tiba-tiba, seorang kanak-kanak perempuan datang menarik tanganku. Di tangannya ada sebiji belon yang berwarna pink. Aku tersenyum sambil berlutut. Dia menghulurkan belon tadi dan aku menyambutnya. Dia berlari pergi dari situ. Aku hanya memandang belon ditangan. Waktu itu, 5 orang lagi kanak-kanak datang menghampiri. Juga menyerahkan benda yang sama, iaitu belon yang berwarna pink.

Aku terkejut. Mengambil belon-belon yang diserahkan. Belum sempat berkata apa-apa, mereka juga
berlalu pergi begitu sahaja.

"Yah! Park Soyeon!"

Aku menoleh. Sungmin? Kelihatan seorang lelaki yang memegang belon berbentuk hati, berwarna pink menghampiri.

"Welcome back! I miss you so much."

Dia menyerahkan belon yang dipegang kepadaku. Aku mengambilnya. Tetapi, ada sesuatu yang menarik perhatianku. Di tali belon itu ada sebentuk cincin. Amat cantik. Aku memandang Sungmin yang sedang tersenyum. Senyuman yang aku amat rindu. Senyuman yang membuat aku jatuh hati padanya. Juga senyuman yang membuatkan ramai gadis tergoda!

"Saya, Lee Sungmin, datang hendak menuntut kembali hatinya yang telah dicuri oleh Park Soyeon. Boleh bagi balik?" dia menjerit. Orang ramai sudah berkerumun di keliling kami.

Aku hanya mendiamkan diri. Terkejut dengan kelakuannya. Tiba-tiba dia melutut.

"Would you marry me? And be my lovely cute princess forever? Aku janji yang akan jaga kau sampai bila-bila. I'll promise!" dia membuatkan gaya seorang yang sedang berjanji. Dia menghulurkan pinky promise ke arahku. Aku menyambut. Sungmin bangun dan memelukku. Orang ramai menepuk tangan.

"Thank you so much! I love you!"

Air mata yang ditahan tadi tumpah juga. Air mata kegembiraan. Bukan air mata kesedihan. Aku memeluk Sungmin dan membenamkan muka ke dadanya. Dia membalas pelukan.

"Woah! So sweet!" kedengaran suara menyorak kuat. Aku meleraikan pelukan. Menoleh ke belakang.
Jiyeon, Eunji, Bomi dan Hyosung tersengih manja. Kikwang, Myungsoo, Doojoon dan Lee Joon masih lagi bersorak. Aku mencebik dan memuncungkan mulut.

"Yah! Korang nak kena chewing gum lagi ke?" aku menjerit. Mereka ketawa. Sungmin memeluk pinggangku. Aku mendongak memandang mukanya. Pandangan kami bertaut.

I love you, Lee Sungmin. Yeonwonhi saranghae!


-The End-

5 comments:

nanajoe said...

waaaaaaaaaaa sweet lah part dia mintak hati dia balik tu XDD

Zafyra Iskandar said...

@Nana - ahahah :DD

FeeQa ( Lee HyoWoo ) said...

Sweett.yee~ bestt cte nih!

Zafyra Iskandar said...

@FeeQa - haha, thanks sebab baca :DD

Atierah Wahida said...

kyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa comelnya !