Friday, December 30, 2011

Our Memories - Part 1 [Two-shot]




Author: Zafyra

Theme: Angst, Love, Romance

Characters: Eunji, Woohyun.

Synopsis: Kehidupan Eunji bukan seperti remaja yang lain. Di saat rakan-rakannya sedang seronok mengecapi nikmat cinta, dia pula sibuk dengan rawatan yang diterima. Eunji menghidap penyakit barah otak tahap kedua. Hidupnya hanya ditemani ubat-ubatan. Dia pasrah dengan takdir hidupnya. Woohyun seorang remaja yang suka bersendirian. Hidupnya kelihatan sempurna. Namun itu semua mainan mata. Dia cemburu akan kehidupan orang lain yang penuh dengan kasih sayang. Kedua orang tuanya sibuk dengan kerjaya masing-masing membuatkan dia suka bersendirian. Namun, takdir menemukan mereka berdua. Mereka mula berkongsi cerita tentang diri masing-masing. Keakraban persahabatan mampu mengundang rasa cinta di hati. Tetapi, di saat hati masing masing dihiasi bunga-bunga cinta, ribut pula melanda. Mampukah mereka menerima takdir dan ketentuan hidup?
*****

Eunji P.O.V

     Jururawat yang dikhaskan untuk memantau keadaanku menjalankan tuganya. Bekas ubat yang kosong ditukar. Kantung air yang telah siap dicampur ubat digantikan dengan kantung yang baru. Kemudian, dia berjalan mendekatiku.

      Lengan baju disinting. Kapas yang dicelup ubat kebas disapu-sapu ke permukaan lengan. Aku menoleh ke arah lain. Mata dipejamkan. Terasa mata jarum yang tajam itu perlahan-lahan menembusi isi.

      “Okay, done.” Suara jururawat yang bersanggul itu membuatkan aku tersenyum kecil. “Gomawo.” aku mengucap perlahan. Dia tersenyum manis. Troli yang mengandungi pelbagai jenis ubat dan alatan itu ditolak.

      Bilik yang aku duduki sejak empat tahun lalu kini sepi. Appa dan Omma telah lama pulang ke rumah. Waktu melawat juga sudah lama tamat. Aku memandang ke luar cermin kaca. Memerhati langit yang cerah. Keluhan kecil dilepaskan.

      Hidupku tak sama dengan remaja yang lain. Aku tak pernah rasai bagaimana perasan bila seseorang itu jatuh cinta. Sejak aku berumur 17 lagi, hospital seolah-olah menjadi rumah keduaku. Sejak menghidapi barah, hidupku hanya ditemani dengan ubat-ubatan. Teman untuk berbual pula hanya jururawat di hospital ini.

      Kedengaran pintu dikuak. Aku menoleh. Senyuma kecil terbentuk di bibir. “Annyeong.” dia berjalan masuk. Tangannya diseluk ke dalam poket kecil kot putihnya. “Annyeong, Oppa.” Aku membalas. Dia tersengih. “Macam mana hari ni?” Hoya oppa duduk di birai katil. Dia memandangku.

      “Macam ni lah.” aku menjawab. Hoya oppa melepaskan ketawa kecil. “Okaylah. Oppa kena pergi. Banyak lagi pesakit yang nak kena periksa. Jangan lupa makan ubat. Okay?” arahannya itu hanya dibalas dengan anggukan. Dia mengusap perlahan rambutku. Kemudian, dia melangkah ke arah pintu.

      Hoya oppa ialah sepupuku. Dia juga seorang doktor di hospital ni. Hoya oppa banyak memberiku semangat. Kaki dilunjurkan. Badan dibaringkan. Mata kupejam perlahan-lahan. Ingin melupakan apa yang terjadi hari ini, dan bersedia untuk hari esok.

Woohyun P.O.V

     Aku berjalan mendaki tangga menuju ke bilik. Makan malam tadi langsung tidak menarik seleraku. Boleh dikatakn setiap malam, aku hanya ditemani pengurus rumah ini, Pak Cik Kim. Omma pula sibuk dengan syarikat penerbitan majalahnya. Appa pula sibuk dengan masalah di hospital.
      
     Apabila perasaan bosan mula menyelebungi hati, aku menelefon Hoya. Mungkin dia tak ada pesakit yang harus diperiksa. Jariku pantas bermain di atas skrin telefon. Mendail nombor telefon Hoya. Selepas beberapa saat, panggilan disambut.

    “Yeoboseyo?”

    “Kau free tak malam ni?”

     “ Free lah sekarang. Tapi aku kena stay up dekat hospital.”

     “Kalau macam tu, aku pergi sana.”

     “Okay. Wait! Aku nak coffee. Belikan untuk aku.”

     “Okay.” panggilan dimatikan.

      Jaket yang berada di dalam almari dikeluarkan. Kunci kereta yang disangkut dicapai. Selepas memberitahu kepada Pak Cik Kim kemana akan ku tuju, aku terus meluru masuk ke dalam kereta. Jarak antara rumahku dengan hospital hanya beberapa minit sahaja.

     Sebelum ke sana, aku sempat singgah di sebuah kafe. Membeli dua cawan kopi dan sekotak tart. Selepas beberapa minit, kereta yang aku pandu selamat diparkir di perkarangan hospital.

    Memandangkan Appa adalah pemilik hospital ini, mudah bagiku untuk masuk kedalam hospital walaupun waktu untuk orang asing melawat sudah lama berlalu. Aku melangkah ke bilik Hoya.

    “ Yo!” aku meletakkan beg kertas yang berisi cawan kopi dan kotak tart tersebut ke atas meja. “Woah! Aku suruh beli kopi je, kau beli sekali dengan tart? Thanks bro.” Hoya mencapai cawan kopi. Kami hanya berbual kosong.

     Tiba-tiba, pintu bilik Hoya ditolak kuat. Seorang jururawat yang kelihatan cemas menerpa.

     “Doktor Lee, Eunji pengsan.” Sebaik sahaja jururawat itu menghabiskan ayatnya, Hoya segera bangun dan berlari keluar dari biliknya. Entah kenapa hatiku tiba-tiba meronta ingin melihat siapakah Eunji yang disebut.

     Aku berlari mengikut langkah Hoya. Langkah kakiku terhenti di hadapan pintu bilik  terbuka. Kelihatan Hoya dan beberapa jururawat sedang bergelut mengangkat seorang gadis yang terkulai di atas lantai. Mereka berusaha menyambung mesin pernafasan yang berada di tepi katil itu.

     Selang beberapa minit, keadaannya mulai stabil. Hoya menghembuskan nafas lega. Jururawat yang berada di dalam bilik itu mula melangkah keluar. Aku berjalan mendekati katil

     “Siapa dia ni? Macam orang penting je aku tengok.” Aku memerhati wajah pucat yang sedang terbaring lesu itu. Walaupun mukanya kelihatan kusam, namun kecantikkannya tidak kalah. Wajah itu berjaya menarik perhatianku.

      “My precious dongsaeng.” Hoya tersenyum kecil. Dia memeriksa degupan jantung Eunji. Aku hanya mengangguk. Wajah Eunji kembali ku perhatikan. Rasa kasihan menyelinap di lubuk hati.

      “Jom keluar. Aku nak bagi dia rehat.” Aku mengangguk setuju dengan cadangan Hoya. See you again, Eunji.

Eunji P.O.V

    Berita yang dikhabarkan itu membuatkan dadaku sesak. Perasaan takut, kecewa dah sedih seakan-akan berpakat untuk menyerang. Tangisan Omma yang kedengaran mengusutkan lagi fikiran. Appa yang sedang terduduk kecewa membuatkan aku berasa bersalah.

     Tanpa berfikir panjang, aku berlari keluar dari bilik pemeriksaan. Air mata yang sedaya upaya ditahan mengalir keluar. Panggilan Appa, Omma dah doktor yang dikhaskan untuk memeriksaku tidak dihiraukan.

      Hoya oppa yang kebetulan berada di koridor itu juga memanggilku. Aku berlari menuju ke perkarangan hospital. Namun, langkahku terhenti apabila sebuah kereta hitam hampir-hampir melanggarku. Tubuhku tersentak akibat terkejut.

     Seorang lelaki berkaca mata keluar dari dalam kereta. Dia menerpa ke arahku. “Gwaenchana, Agashi?” soalannya itu tidak dihiraukan. Laungan namaku yang kedengaran membuatkan aku meneruskan larian. Berlari menuju ke arah taman hospital.

     Aku segera duduk di atas bangku yang disediakan. Di situ, aku melepaskan segala yang terbuku di hati. Perasaan yang bersarang di jiwa terasa membebankan. Tangisan Omma kembali kedengaran di minda.

     Aku mendongak perlahan apabila merasakan ada orang yang mengelap air mataku yang jatuh. Lelaki tadi. Aku terkedu dengan perbuatannya. Dia menghulurkan sapu tangan kepadaku. Perlahan-lahan tanganku menyambut huluran tersebut.

     “Kenapa awak lari macam tu? Bahaya.” Suara lelaki itu kedengaran di gegendang telinga. Aku menoleh memandang ke arahnya. Kemudian, kepalaku ditundukkan. Menarik nafas panjang.

     “Saya nak lari dari kehidupan realiti.” aku menjawab perlahan. Tanganku menggenggam kemas sapu tangan yang diberi tadi.

     “Kenapa?” aku dapat rasakan yang dia sedang memandang ke arahku. Aku mengeluh. “Supaya saya dapat lupakan apa yang berlaku dalam hidup saya.” aku mendongak memandang ke atas. Langit yang membiru dapat menenangkan hatiku yang sedang berkecamuk di saat ini.

      “Sebelum tu, saya nak tanya awak sesuatu. Boleh?” aku memandang mukanya. Mengangguk tanda membenarkan dia meneruskan percakapan.

      “Awak tak fikir macam mana perasaan orang yang menyayangi awak? Macam mana perasaan Omma dan Appa awak? Perasaan kawan-kawan awak? Mesti diorang sedih kalau awak takde.” Ayat yang dilontarkan olehnya membuatkan aku ketawa perlahan.

      “Waeyo?” dia memandangku pelik.

      “Sebenarnya, saya takde kawan. Langsung takde. Diorang tak datang melawat saya sejak diorang tahu saya berpenyakit. Sebab tu saya rasa yang saya tak perlu kawan.” aku menjawab soalannya.

      “Kalau macam tu, biar saya jadi kawan awak.” dia kemudiannya bangun dari duduk. Berdiri dihadapanku. “Annyeong. Nama saya Nam Woohyun.” dia menghulurkan tangannya tanda berkenalan. Aku melepaskan ketawa kecil.

       “Annyeong. Nama saya Jung…” tanpa sempat aku mengabiskan ayatku, dia memotong.

       “Eunji. Jung Eunji.” Aku agak terkejut dengan apa yang didengari.

       “Macam mana awak boleh tahu?”
         
        “Actually, saya kawan Hoya, sepupu awak. Memandangkan umur saya sbaya dengan Hoya, awak boleh panggil saya Oppa.” Dia tersenyum manis. Aku yang terkejut, hanya mengangangguk.

     “Selamat berkenalan. Saya akan jadi kawan awak sampai bila bila.” Tanganku diraih. Perasaan sedihku semakin berkurang apabila melihat tawanya. Senyum terbentuk di bibirku.

*****

    Pertemuanku dengan Woohyun oppa sudah 6 bulan berlalu. Sejak pertemuan tempoh hari, dia sering datang melawatku. Kehadiran Woohyun oppa juga memberi sedikit impak kepada diriku. Masalah dan perasan yang selalu aku pendam, simpan dan sembunyikan dari Omma dan Appa semuanya diluahkan kepada Woohyun oppa.

    Tahap kesihatanku masih seperti sebelum ini. Berita tentang penyakitku barahku yang sudah merebak, aku terima dengan seadanya. Omma dan Appa sedang berusaha menyembuhkanku. Rawatan yang diterima semakin banyak.

    Woohyun oppa ada mengatakan, semua yang berlaku ada maksudnya yang tersendiri. Aku patut bersyukur, aku masih mampu melihat muka orang yang aku sayang. Dapat menikmati nikmat yang ada di dunia ini.

   Jika dibandingkan dengan pesakit lain yang hanya menunggu masanya tiba, aku lebih bertuah. Walaupun kenyataannya, masaku untuk pergi bakal tiba bila bila masa saja. Aku mendongak memandang langit. Cerah dan tenang. Hanya itu yang mampu diungkapkan apabila memandang ke atas.

    Langit boleh diibaratkan dengan kehidupan manusia. Langit yang cerah, yang tenang bila-bila masa sahaja akan dicemari dengan awan hitam. Begitu juga dengan kehidupan manusia. Perasaan gembira yang sedang bermaharaja lela akan berganti dengan perasaan sukar diramalkan.

   Kedua-dua situasi mempunyai kesimpulan yang sama. Situasi yang tidak dapat diramal. Keadaan boleh berubah pada bila-bila masa sahaja. Tanpa disangka. Apa yang Woohyun oppa lakukan untukku membuatkan hadirnya rasa sayang terhadapnya. Hati yang dahulunya kosong, sekarang telah terisi. Aku mencintai Woohyun oppa. 

    Lamunanku terhenti apabila terasa mataku ditutup oleh seseorang. Oleh kerana terkejut, jeritan kecil dilepaskan. Ketawa kedengaran. “Yah, Nam Woohyun!” suara yang amatku kenali bergema. “Oppa?” aku bersuara.

    “Ne.” suara dua orang lelaki kedengaran serentak. Aku ketawa apabila mendengar Hoya oppa merengus. Tanganku segera menepis tangan Woohyun yang masih berada di mukaku.

    “Yah. Kenapa Eunji panggil dia ‘Oppa’? Siapa yang bagi kebenaran?” Hoya oppa mencebik. Berpura pura tidak menyukai apa yang didengari. Aku hanya tersengih sambil mengangkat bahu.

    “Kau cemburu ke?” Woohyun oppa menyigung lengan Hoya oppa.
        
     “Takda maknanya aku nak cemburu.” Hoya oppa menjeling. Aku hanya ketawa melihat telatah mereka.

Woohyun P.O.V

   Setelah memastikan kereta dikunci, aku melangkah masuk ke dalam rumah. "Woohyun-ah, mari makan. Omma masak makanan kegemaran Woohyun." Omma yang sedang sibuk menghidangkan makanan di atas meja memanggil. Appa juga turut berada di situ. Aku hanya mengangguk.
    
    Sedang asyik menikmati makanan, panggilan Appa mengehentikan suapan. "Woohyun-ah." aku mengangkat muka memandang Appa. "Ne, Appa?" aku menjawab dan meneruskan suapan. Appa mendiamkan diri seketika. 

    "Lepas ni jangan pergi hospital dah." ayat Appa membuatkan aku terkedu. Suapan serta merta terhenti. Muka Appa dipandang. Meminta untuk menjelaskan maksud ayatnya. "Jangan jumpa pesakit tu lagi." muka Appa kelihatan serius. Pesakit yang dimaksudkan Appa adalah Eunji. 

     "Wae? Kenapa Woohyun tak boleh jumpa dia?" aku bertanya. Hatiku tiba-tiba terasa sakit. "Sebab Omma dengan Appa tak nak dia mengharap." Omma yang memerhati tadi menyampuk. Aku mengerutkan dahi. 

   "Mengharap?" aku masih menyoal. Omma mengeluh. "Sudah lah, kamu jangan nak berdalih lagi. Kamu suka dia kan? Omma tak kisah kamu nak suka dia kalau dia sihat. Masalahnya sekarang, dia sakit. Dia dah takde harapan untuk sembuh. Omma taknak kamu sedih bila dia dah takde. One more, Omma taknak dia mengharap. Arasso?" panjang lebar penjelasan Omma. Namun semua itu ibarat masuk telinga kiri, keluar telngi kanan. 

   "Tak salah Woohyun nak suka dia kan?" aku memandang muka mereka satu persatu. "Sudah lah. Appa tetap tak suka kamu jumpa dia. Bulan depan, kamu kena pergi Jepun. Sambung belajar. Appa dengan Omma makin lama makin tua, kamu kena warisi salah satu kerjaya kami." 

    "Kenapa Omma dan Appa nak tentukan masa depan saya? Sebelum ni, ada Omma dan Appa ambik berat tentang saya? Tak pernah kan?" aku membalas. Omma kelihatan terkejut. Appa mendiamkan diri. "Woohyun tak akan pergi Jepun." aku bangun dan melangkah menuju ke arah tangga. Namun langkahku terhenti apabila Appa menengking, menjerit memanggil namaku. dengan tegas.

    "Nam Woohyun! Kamu jangan biadap dengan Omma dan Appa! Kamu tetap akan pergi ke Jepun bulan depan dan kamu tak akan jumpa lagi pesakit tu." Appa bersuara dengan tegas. "Atau kamu nak Appa je yang cakap dengan Eunji?" soalan Appa membuatkan aku menoleh pantas. 

    "No! Jangan!" aku merenung tajam mata Appa. Appa mengangkat keningnya. "Jadi, pilihlah." ayat Appa membuatkan perasaanku menjadi tak menentu. Aku hanya mendiamkan diri, memikirkan keputusan yang tepat. Wajah Eunji bermain di minda. 

    Aku tak nak dia tahu yang Omma dan Appa melarangku untuk berkawan dengannya. Dalam maksud yang lain, Omma dan Appa melarang keras untukku mencintainya. Mungkin bila Eunji tahu apa Omma dan Appa katakan, dia akan mengelak untuk berjumpa denganku. Lamunanku terhenti apabila terdengar Appa mendehem. 

    Aku hanya mengeluh dan  mengangguk perlahan. Hanya sebulan sahaja aku dapat bertemu dengannya. Eunji-ah, mianhae.

-To be continued-

4 comments:

tyyy said...

Bestnya *O*

nanajoe said...

aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa sambunggggggggggg

HanaZaid said...

Sedihnya ~ // menitis airmata //

darla carolina said...

cepatnya dah suka . whoaaaa :O